GO2 ONLINE-LAH!

MANTAPKAN jenama di hujung jari anda


LAMAN WEB PROFESIONAL

Miliki laman web profesional dengan nilai mampu milik





SOALAN LAZIM


Apakah Online Branding Innovation (O.B.I)?

Online Branding Innovation (O.B.I) adalah satu program yang direkabentuk khas untuk Usahawan yang memerlukan pakej lengkap bagi pembinaan jenama perniagaan atas talian, ‘hosting’ laman web serta penyediaan laman web. Pakej yang ditawarkan memberi kemudahan membina laman-web dengan menggunakan ‘template’ menarik atau khidmat pereka bentuk laman-web untuk membina laman-web mengikut perniagaan anda dengan harga mampu-milik.

Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan GO2 Brand Standard?

GO2 Brand adalah satu inovasi pemetaan (‘domain mapping’) dari MYNIC untuk kemudahan Usahawan membina jenama perniagaan dengan pantas tanpa perlu laman-web dibina terlebih dahulu. Dengan mudah anda boleh SERAGAM semua nama yang digunakan dalam ‘online marketing’ perniagaan anda seperti aplikasi Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, Telegram, Mesenger, Blog, Waze atau Google Maps. Contoh:

NAMA PEMETAAN KEPADA APLIKASI
jenamaanda.my www (laman web)
mesej.jenamaanda.my Whatsapp
lokasi.jenamaanda.my Google map
blog.jenamaanda.my Blogger.com

GO2 Brand Standard membolehkan anda memetakan nama pilihan anda kepada 5 aplikasi sahaja.

Apakah Branding Online Solution (B.O.S.) dan bagaimana ia boleh membantu
perniagaan saya?

Pakej Branding Online Solution (B.O.S.) menawarkan domain dan perkhidmatan pemetaan (‘domain mapping’), hosting web, emel tanpa had dan web template bagi membina laman-web menarik menggunakan SiteBuilder.

Kemudahan pemetaan membolehkan anda SERAGAMkan semua nama atau jenama ‘online marketing’ anda. Gunakan nama/jenama yang sama untuk laman web, emel, Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, Telegram, Messenger, Blog, Waze atau Google Maps. Anda juga akan diberikan akaun emel tanpa had menggunakan nama domain anda sendiri untuk tampil lebih gah.

Apakah SiteBuilder dan bagaimana untuk dapatkannya?

SiteBuilder adalah ‘tool’ untuk membina laman-web menggunakan ‘template’ yang menarik. Terdapat lebih dari 30 template pilihan dan anda boleh membina laman-web dengan hanya 10 minit sahaja.

SiteBuilder didatangkan dalam ‘hosting’ web pakej Branding Online Solution (B.O.S.) dan pakej B.O.S SiteBuilder Training.

Adakah SiteBuilder mempunyai pakej latihan asas membina laman-web?

Latihan membina laman web hanya dibuka kepada peserta yang melanggan pakej Branding Online Solution (B.O.S.) sahaja dan anda boleh terus dapatkan dengan berlanggan pakej B.O.S SiteBuilder Training.

Adakah O.B.I menyediakan perkhidmatan membina laman web untuk
perniagaan saya?

Kami menyediakan 2 pakej lengkap membina laman-web supaya tampil lebih profesional dan unik. – Professional Website Design Informative dan Professional Website Design E-Commerce. Pakej ini termasuk domain, pemetaan domain, hosting dan emel ‘unlimited’

Apakah tawaran antivirus untuk 1 PC?

Kami menawarkan antivirus untuk 1 PC bagi setiap pembelian mana-mana pakej di bawah program O.B.I. Antivirus ini memberi perlindungan PC (komputer) anda dari virus dan ancaman Internet seperti virus, ‘malware’, trojan, ‘back doors’ dan pelbagai ancaman lain dengan menghalang aplikasi daripada mengakses fail dan sistem komputer tanpa kebenaran. Tawaran ini adalah terhad.

Bagaimanakah caj pembayaran dikenakan?

Caj pembayaran yang dikenakan adalah caj tahunan. Anda akan menerima notis pembayaran sambungan sebelum berakhir tempoh langganan.

Dimanakah pembayaran sambungan perkhidmatan boleh dilakukan?

Pembayaran sambungan boleh dilakukan melalui kad kredit dan perbankan internet di laman web rasmi MYNIC.

Bolehkah saya menukar jenama bisnes selepas pendaftaran pakej GO2 Brand atau
pakej Branding Online Solution (B.O.S.)?

Nama jenama yang telah didaftarkan tidak boleh ditukar dalam tempoh langganan (setahun) kerana ia tertakluk kepada terma syarat pendaftaran nama domain. Anda dinasihatkan untuk membuat pembelian baru bagi nama jenama baru.

Sekiranya saya ada masalah, siapakah perlu dihubungi?

Sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-7277 atau melalui emel di customercare@mynic.my